Tuesday, March 20, 2012
Monday, April 18, 2011
JAMBORI KEMBARA AMAL SELANGOR 2011
Setiap Peserta Jambori diminta membawa :i. Pakaian Jabatam Amal No.3 (rujuk lampiran 1) Lengkap Berkasut Hitam
ii. Seluar & T-shirt secukupnya
iii. Pakaian Riadah / Sukan termasuk Kasut
iv. Pakaian Ibadah
v. Ubatan Peribadi
SELAMAT BERJAMBORI
Sunday, April 10, 2011
PROGRAM KEBAJIKAN JABATAN AMAL SERDANG
BBB, 05 Jamadil Awal = 09 April (Sabtu):
Unit Amal berjaya membentuk imejnya yang identik dan dihormati. Bukan sekadar dengan uniform baju merah yang terang dan garang, tetapi lebih dikenali dengan kerja-kerja amal mereka, baik pada peringkat antarabangsa, maupun pada peringkat tempatan. Berlakunya tsunami di Acheh, mereka antara rombongan awal tiba ke sana melakukan kerja-kerja amal kepada mereka yang malang yang memerlukan bantuan. Berlaku gempa di Iran, mereka juga berada di sana melakukan bantuan, mereka ke Filipina, ke Indonesia dan berbagai tempat lagi membantu mangsa bencana alam. Pada peringkat tempatan mereka membantu mangsa banjir dan berbagai-bagai bencana dan kemalangan. Sebagai sebuah badan NGO yang ahlinya, kebanyakannya terdiri dari kalangan pemuda, mereka mengatur kegiatan-kegiatan lasak seperti mendaki gunung, berexpedisi ke kawasan-kawasan hutan rekreasi, berkhemah kerja, berqiyamullail dan sebagainya. Pada hari-hari kebesaran dan sambutan, mereka mengambil bahagian dengan mengadakan barisan yang segak dan tangkas. Mereka juga pada ketika-ketika mengawal lalu lintas dan berbagai-bagai kegiatan amal yang lain.
Petang ini sebagai satu kegiatan kecil bagi mereka, Adun, selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan bagi Cawangan Pas 1/7, BBB, menyertai mereka bersama program amal, iaitu `Menziarah Warga Mas Dan Mereka Yang Uzur`. Tempat yang dipilih dan diatur program ialah di beberapa rumah pangsa di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Mengetuai Unit Amal Menziarah, ialah Ketua Unit Amal Dun Bangi (Memangku Ketua) saudara Uwais dengan Setiausahanya saudara Azman dan sejumlah 12 AJK beserta dengan pemimpin setempat seperti saudara Harun dan penduduk.
Dalam masa yang terhad dari jam 5.00 – 7.00 petang, selepas solat Asar kami berkesempatan menziarah 7 orang (tujuh rumah) di Blok 7, Blok 8 dan Blok 2.
Warga mas terdiri dari berbagai latar kehidupan semasa berkhidmat sebelumnya. Antara mereka adalah bekas pekerja di RTM seperti Haji Darus bin Salam yang sekarang sedang sakit buah pinggang dan terpaksa melakukan dailysis tiga kali seminggu di hospital Putrajaya. Walaupun bayaran ditanggung kerajaan, beliau dikehendaki buat bayaran tambahan secara berterusan. Antara mereka yang uzur ialah Bekas Polis seperti Pak Su Long yang lama berkhidmat di Balai Polis Kajang, Antara mereka Puan Rahimah bt. Hashim yang juga mengidap sakit buah pinggang, Hajah Norhayati bt. Ishak isteri kepada Hj. Mat Affandi, Bekas Bilal Surau An-Nur yang mengidap penyakit Parkinson. Antara mereka bekas Pemandu Teksi yang sudah uzur. Pemandu Teksi di Bandar Baru Bangi ini lebih dikenali dengan panggilan `Pak Din`.
Unit Amal berjaya membentuk imejnya yang identik dan dihormati. Bukan sekadar dengan uniform baju merah yang terang dan garang, tetapi lebih dikenali dengan kerja-kerja amal mereka, baik pada peringkat antarabangsa, maupun pada peringkat tempatan. Berlakunya tsunami di Acheh, mereka antara rombongan awal tiba ke sana melakukan kerja-kerja amal kepada mereka yang malang yang memerlukan bantuan. Berlaku gempa di Iran, mereka juga berada di sana melakukan bantuan, mereka ke Filipina, ke Indonesia dan berbagai tempat lagi membantu mangsa bencana alam. Pada peringkat tempatan mereka membantu mangsa banjir dan berbagai-bagai bencana dan kemalangan. Sebagai sebuah badan NGO yang ahlinya, kebanyakannya terdiri dari kalangan pemuda, mereka mengatur kegiatan-kegiatan lasak seperti mendaki gunung, berexpedisi ke kawasan-kawasan hutan rekreasi, berkhemah kerja, berqiyamullail dan sebagainya. Pada hari-hari kebesaran dan sambutan, mereka mengambil bahagian dengan mengadakan barisan yang segak dan tangkas. Mereka juga pada ketika-ketika mengawal lalu lintas dan berbagai-bagai kegiatan amal yang lain.
Petang ini sebagai satu kegiatan kecil bagi mereka, Adun, selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan bagi Cawangan Pas 1/7, BBB, menyertai mereka bersama program amal, iaitu `Menziarah Warga Mas Dan Mereka Yang Uzur`. Tempat yang dipilih dan diatur program ialah di beberapa rumah pangsa di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Mengetuai Unit Amal Menziarah, ialah Ketua Unit Amal Dun Bangi (Memangku Ketua) saudara Uwais dengan Setiausahanya saudara Azman dan sejumlah 12 AJK beserta dengan pemimpin setempat seperti saudara Harun dan penduduk.
Dalam masa yang terhad dari jam 5.00 – 7.00 petang, selepas solat Asar kami berkesempatan menziarah 7 orang (tujuh rumah) di Blok 7, Blok 8 dan Blok 2.Warga mas terdiri dari berbagai latar kehidupan semasa berkhidmat sebelumnya. Antara mereka adalah bekas pekerja di RTM seperti Haji Darus bin Salam yang sekarang sedang sakit buah pinggang dan terpaksa melakukan dailysis tiga kali seminggu di hospital Putrajaya. Walaupun bayaran ditanggung kerajaan, beliau dikehendaki buat bayaran tambahan secara berterusan. Antara mereka yang uzur ialah Bekas Polis seperti Pak Su Long yang lama berkhidmat di Balai Polis Kajang, Antara mereka Puan Rahimah bt. Hashim yang juga mengidap sakit buah pinggang, Hajah Norhayati bt. Ishak isteri kepada Hj. Mat Affandi, Bekas Bilal Surau An-Nur yang mengidap penyakit Parkinson. Antara mereka bekas Pemandu Teksi yang sudah uzur. Pemandu Teksi di Bandar Baru Bangi ini lebih dikenali dengan panggilan `Pak Din`.
Thursday, January 13, 2011
AHLI MAJLIS MPKj EN ADRAM MUSA BERSAMA MASYARAKAT
Kajang Utama (13Jan2011), Majlis penyampaian sumbangan buku tulis, peruntukkan daripada Pejabat ADUN Bangi yang disampaikan oleh En Adram Musa, Ahli Majlis MPKj dan juga Ketua Pemuda PAS Serdang kepada 25 pelajar. Majlis berlangsung di rumah Gunasegaran yang merupakan Ketua kaum india disini dan turut hadir dalam majlis tersebut En Abu Bakar Ketua Kelab Penyokong PAS Kawasan Serdang yang juga merupakan Setiausaha PAS Cawangan Kajang Utama. Semoga sumbangan yang tak seberapa ini menjadi titik tolak kepada peningkatan semangat pelajar untuk lebih berjaya didalam pelajaran. Semua pelajar adalah daripada skku dan smkku.

MAJLIS PERPISAHAN TKP SERDANG
Timbalan Ketua Pemuda Serdang, Sdr Khairil Anuar Ismail merupakan orang kuat Jabatan Amal Malaysia di semua peringkat Kawasan, Negeri dan Malaysia telahpun berpindah ke Labuan pada 9 Januari 2011 lalu. Majlis ringkas ini turut dihadiri oleh YB Dr Shafii, Sdr Adram Musa, Sdr Mazwan Johar,exco2 pemuda serdang dan ketua pemuda cawangan bagi menyatakan penghargaan atas jasa-jasa beliau mengerakkan parti di peringkat dewan pemuda, MTD dan khususnya Jabatan Amal.
Perpisahan bukanlah berakhirnya sebuah perjuangan. Semoga beliau masih diberikan oleh Allah swt kelapangan masa untuk meneruskan perjuangan di tempat baru. Tak kira dimana kita berada, kita hendaklah sentiasa menjadi PENDOKONG kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) pada setiap masa.
Pengalaman saya bersama Jabatan Amal Serdang bermula pada tahun 2005 setelah beliau mengajak saya untuk sama-sama berada dalam jawatankuasa. ini kerana beliau tinggal setaman dengan saya. Seperti yang saya sebut dalam ucapan atau tak tersebut kerana gemuruh... kepimpinan beliau amat saya kagumi... Seringkali saya terasa buntu dalam mengerakkan aktiviti Jabatan Amal Serdang (...boleh dapat sumbangan ke? ~RM12,ooo?...dalam masa 2 minggu lagi...untuk program IFTAR... pening nak cari kawan2 yang sanggup bagi sumbangan... tetapi bila jumpa/meeting dengan beliau... Allah permudahkan jalan... rasa tiba2 bebanan tu dapat diselesaikan) begitulah setiapkali Jab. Amal bila melaksanakan program.
Apa yang berlaku adalah ketentuan ilahi..ada hikmah disebaliknya....

Monday, December 6, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)